Friday 5 December 2014

Jubah a-cut

Posted by lienarazak at 08:42 1 comments
Dah lama pasang niat utk jadi dealer borong jubah....sementara cuti sekolah ni bolehla intai-intai mana yang patut..untuk permulaan ni kami jahit jubah yang simple jer dulu tapi lebih mementingkan penampilan.material yang lembut membuatkan si pemakai selesa dan nampak lebih anggun....gabungan satin plain pada lengan seolah-olah menimbulkan lagi keanggunan si pemakai..jubah ni tidak mengikut badan dengan kata lain tidak ketat.jubah ni kami jahit saiz s,m dan L.....kepada yang berminat untuk borong jubah ni boleh la pm admin...murah-murah jer....harga diluar dugaan..harga yg teramat murahhhhhh..


Wednesday 3 December 2014

gaun si cilik

Posted by lienarazak at 22:32 0 comments
Assalamualaikum.....
Kongsi cerita jahitan hari ni...akak dapat order dr cust untuk gown little princess..2 tempahan  sebenarnya 1 dari puan hanum untuk princess nya dan satu tempahan lg dari puan marlisa,melaka....akak berharap sgt yg mereka ni berpuas hati...pasti cantik bergaya si cilik dapat pakai gaun ni.....melaram habis....baju ni akak guna material chiffon dan full lining....ada tali dibelakang dan bermanik dan lace....satu kepuasan bagi akak bila dapat jahit sesuatu yang cantik walaupun untuk cust...memang satu minat yg betul2 melekat dalam jiwa akak....bagi sape2 yg nak tempah boleh la pilih color yang tersedia disini.... pernah mendapat tempahan dari cust yg inginkan baju ni untuk majlis aqiqah (berendoi). baby bila pakai camni memang ramai yg geram kan......taknak tulis banyak2 la korang tengok sendiri bajunya....

Saturday 25 October 2014

Contest oh contest

Posted by lienarazak at 15:02 0 comments

Macam satu fenomena rasanya bila begitu ramai yg order shawl ni....kelebihannya dah memang ada awning dan senang dipakai...yg paling penting selesa dipakai dan nampak lain dari yg lain.oleh kerana ramai yang minat dengan tudung ni Admin bermurah hati mengadakan contest bagi page butik talita online.....huhuhu tak sangka begitu sengit saingannya...admin terpaksa meminta yg lebih pakar dalam mencari pemenang.tq zulAsyraf.........dan telahpun ada pemenangnya...tahniah diucapkan kepada Elis Rosliza binti sanusi dan Farehah bt din.kepada yang lain jangan bersedih ....mungkin rezeki kalian pada contest yg akan datang....insyaallah.....

SHAWL BALQIS

Kakak-kakak dan adik manis...jika berminat untuk dapatkan tudung ni bolehlah menghubungi tuan punya tanah ya....@ +60139485135
Wasap pun boleh....segala tempahan boleh terus kepada owner ya....untuk yg suka pilih color bagai untuk tudung ni boleh rujuk pic kat bawah...

Nak pilih dan gabung ikut warna baju pn boleh kan...haaaaa tunggu apa lagi jom pm......

Haaaaaaaaa sebelum tu baca ni dulu ya...

Shawl balqis saiz L = rm 60
Shawl balqis saiz M =rm45
Shawl balqis saiz s =rm45

Beli banyak lg murah dan murah dan murah

Segala tempahan mestilah berurusan dengan admin
Pm atau wasap..

Tq semua

Sunday 7 September 2014

kurung moden kamelia

Posted by lienarazak at 09:42 0 comments
Blaus n skirt duyung

Hijau emerald menjadi trend terkini..jd x mau la ketinggalan untuk memiliki baju warna ni...material satin velentino yg berat sesuai utk skirt..baju dari material satin jugak yg selasa dipakai..dah boring pakai baju kurung moden untuk ke majlis atau event boleh ler try baju yg macam ni pulak..very comfortable.....baju ni admin nak jual harga rm120...kepada yg berminat boleh pm ya....

Saturday 23 August 2014

Bantal deco

Posted by lienarazak at 23:16 1 comments
Kali ni nak cerita pasal bantal pulak.....tengok2 berkenan tak....bantal ni admin jual rm19.00 tapi kalau beli banyak n banyak more n more diskaun....hehehe......ada dua jenis fabrik admin guna baldu n satin...untuk deco pelamin biasanya my cust tempah yg satin jer lebih murah dan reasonable utk pelamin yg perlukan shining...tp bg cust yang nak deco living room or another place in their house.....depa lg suka yg valvet lebih sesuai la kan....depands pada owner lah kan mcm mana dia nak decorate.....dah panjang pulak ceritanya....pm jer admin utk sebarang pertanyaan.....tq.....nak tengok lagi 
http://butiktalita.blogspot.com/p/bridal.html?m=0

Thursday 14 August 2014

Jubah untuk nikah

Posted by lienarazak at 00:07 3 comments

Jubah yang simple ni sesuai untuk orang yang simple jugak.....penampilan yang simple but elegant....ramai yang sukakan statement tu kan....


Sekarang ni dah ramai yg request nak baju yang simple....dah x suka yg crouded...ermmm macam2 kan tp depends pada empunya diri...jubah ni sehelai jer kami buat so limited edition siapa cepat dia dapat ....

Saturday 9 August 2014

Baju Pengantin

Posted by lienarazak at 21:42 0 comments

Hari ni berhempas pulas menyiapkan baju pengantin ni.....saja la kan menambah koleksi baju pengantin kat kedai...baju ni untuk disewa bagi sesiapa yang berminat.....nak beli pun boleh...hehehe....untuk custumer yg disayangi jom cepat2 booking pakej pelamin di butik kami...byk lagi tawaran istimewa yg menanti anda tauuuuu......jommmmmm wasap @0139485135 untuk dapatkan pakej menarik....

Friday 1 August 2014

Baju Raya Safiya

Posted by lienarazak at 11:16 1 comments
Baju ni permintaan sendondon ibu dan anak....kain duyung belah belakang supaya senang untuk safiya berjalan dan berlari...baju pula tangan 3 suku dan labuh paras punggung...kepada yg berminat nak baju macam ni bleh pm atau wsap @ 0139485135




Ini pula baju si ibu.....diharap berpuas hati


Thursday 31 July 2014

Raya oh Raya 2014

Posted by lienarazak at 17:43 0 comments

Tema kami tahun ni seperti yg anda lihat...purple...semuanya kami jahit sendiri tau...baju,  tudung dan gaun.......baju melayu semuanya readymade.....hari ni dah raya ke4 baru sempat nak upload pic raya kami

Menu raya tahun ni nasi arab daging kambing dan juga nasi lauk gulai itik...huhuhu x sempat nak snap...ngap mmg sempat..bina badan di hari raya....

Saturday 28 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan

Posted by lienarazak at 07:59 0 comments

Tuesday 24 June 2014

Adelia shawl

Posted by lienarazak at 11:12 0 comments

Peminat shawl.....anda jangan ketinggalan utk memiliki ADELIA SHAWL yg menyerlahkan si pemakai...shawl yg senang dipakai semudah ABC....Jgn lepaskan peluang ini..jom shopping....

Sunday 22 June 2014

Kena Tipu

Posted by lienarazak at 19:01 0 comments

Bila org cakap membeli online ni ada yg menipu aku rasa mcm kurang percaya sebab aku sendiri berniaga online dan aku tak terasa pun nak menipu...hari ni baru aku sedar rambut sama hitam tapi hati tiada siapa yg tahu.bermula hari khamis blk dari sekolah buka fb tgk ada promosi yg berbunyi
"servis like page 30k hanya rm100 "
tanpa fikir panjang aku suruh pm
aku tanya wanita sahaja boleh ke
dia kata boleh....
Tanpa pk panjang aku minta detail acc untuk transfer duit fuhh....begitu ekspress..mlm aku terus transfer...ini buktinya



Ini bukti pembayaran


tunggu punya tunggu like pagr x juga meningkat...mesej x balas 
pastu tgk dah kena block
macam org menipu sekarang

aku pun mula menggoogle jumpa lah blog mamat ni dia senaraikan page yg menipu termasuklah servis like yang aku kena tipu..

Saturday 21 June 2014

Jubah Kanak Kanak

Posted by lienarazak at 13:51 0 comments

Aidilfitri 2014  menampilkan fesyen jubah kanak2..kami menawarkan harga berpatutan dan mampu milik. Keceriaan di pagi aidilfitri menggamit kemeriahan dengan jubah yang berwarna warni..Jubah ini tampil pelbagai warna dan saiz...
Si pemakai pasti berseri2

Wednesday 18 June 2014

PROMOSI

Posted by lienarazak at 21:37 0 comments

Sempena aidilfitri BUTIK TALITA mengadakan promosi sehingga 50%........pelbagai design tudung dijual untuk aidilfitri ini....Tudung yang dijual adalah hasil jahitan kedai kami sendiri...oleh itu kekemasan jahitan menjadi keutamaan kami.
Pelbagai jenis tudung akan dijual di kedai kami bermula saiz kanak2 hinggalah dewasa s,m,l,xl dan xxl
Untuk jualan online pula kami akan membuka offer setiap hari minggu iaitu jumaat sabtu dan ahad.
Diharap dapat memenuhi kehendak pelanggan butik talita online

Tuesday 17 June 2014

Kewajiban berHIJAB

Posted by lienarazak at 09:39 0 comments

Hijab sinonim dgn penganut Islam namun masih ramai yg meninggalkan tuntutan ini...lebih menyedihkan pakaian pun tidak menunjukkan beragama islam....wahai saudara2 ku ayuhlah kita memenuhi tuntutan berhijab, sesungguhnya itulah yang terbaik buat kita semua....allah mengetahui keperluan hambanya...

Tika ini makin ramai yg tidak berhijab...ayuh mari kita sama2 tunaikannya...jangan pula kita tergolong dlm golongan yg mengata kepada org yg bertudung......ya lah aku sering dengar ramai kawan2 yang kata "eleeeehhhh bertudung tapi mengumpat baik aku yg tak bertudung"....duhai kawan2 tiada yg baik bila tidak bertudung dan megumpat juga besar dosanya...dua2 pun sama dilarang dalam Islam....jadilah insan yg humble dan sentiasa ikhlas.....jauhi riak sesungguhnya riak memusnahkan hati manusia..

Monday 16 June 2014

Label tag

Posted by lienarazak at 15:58 0 comments

Salam.....dah lama x buat entry kat sini....x sempat huhuhu...
Entry kali ni pasal label tag yg murah x perlu beli yg mahal khas bagi mereka yang baru memulakan bisnes atau apa apa saja yg perlukan tag...di sini saya kongsikan cara nak buat tag guna rubber stamp..yang penting......♥♥♥♥♥♥     Mudah ..... murah ..... cepat  ♥♥♥♥♥


Ini dia contoh tag nama yg saya buat untuk butik kami.....

Bahan bahan 


rubber stamp ( font mesti jelas 14 ke atas)
cat acrylic ( beli kat bookstores)
span nipis utk letak n rata kan cat
riben satin gulung 1" ( ikut citarasa )


jom buat operasi.......jeng jeng jeng

jemur sehingga kering dan siap utk digunakan
ini contoh tag kedai kami

Wednesday 12 March 2014

Jom like page ni

Posted by lienarazak at 00:28 0 comments
https://www.facebook.com/tudungshwals

Friday 14 February 2014

Promosi Pakej Pelamin

Posted by lienarazak at 14:23 0 comments

Butik Talita mengadakan promosi Pakej Pelamin Kepada bakal Raja Sehari...Pihak kami menawarkan pakej bajet kepada anda di luar sana yang ingin tampil berseri tetapi dalam suasana simple namun elegant...itulah yang kami titkberatkan.....ya!!!! Kepuasan hati pelanggan diutamakan.. kepada bakal raja sehari jangan lepaskan peluang keemasan ini...hubungi pihak kami untuk detail price dan pakej
@0139485135

Sunday 9 February 2014

Sulaman Riben

Posted by lienarazak at 00:37 0 comments
Berkongsi minat sulaman riben.......sememangnya membantu menjana pendapatan suri rumah dan mereka yang ingin menceburi bisnes dari rumah. Dengan hanya bermodalkan rm50, keuntungan yang berlipat kali ganda. Anda hanya Perlu membeli Kit barang Sulaman  yang Murah saja. Apa yang penting kemahiran menyulam . Bagi anda diluar Sana jangan menganggap ianya Susah . Teramat senang ....peluang bisnes ni sangat sesuai memandangkan sekarang ni ramai peminat vantage....

RM45  x  6 helai = RM270

Bagi mereka yang berminat dengan bisnes ni jangan segan2 utk menghubungi sy@ 0139485135




Monday 13 January 2014

Tudung Awatif 3 Layer

Posted by lienarazak at 21:30 0 comments

Butik Talita memasarkan tudung yang dijahit sendiri  iaitu keluaran dari butik kami....Tudung yang dijahit adalah kemas dari segi jahitan dan tidak senget antara lapisan...kami menitik beratkan kepuasan hati pelanggan...Ramai pelanggan yang berkunjung ke kedai kami untuk membeli tudung 3 layer ini terutamanya bagi mereka yang bertudung labuh di samping menjaga penampilan......Harga jual bagi tudung 3 layer ni mampu dimiliki oleh anda semua....bagi mereka yang bekerja dan tiada masa untuk berkunjung ke butik kami, bolehlah membeli di atas talian yang lazimnya seperti butik lain lakukan.....kami amat mengalu alukan kunjungan kalian untuk like page kami @

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus whatapss @ 0139485135

 

Butik Talita Online Copyright 2013