MERAJAH POLA BLAUS
CARA JAHIT BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
LANGKAH-LANGKAH MENDRAF POLA
A) BAJU MELAYU CEKAK MUSANG (bahagian hadapan & belakang)
- Rujuk gambarajah di atas untuk langkah-langkah membuat pola baju melayu cekak musang
B ) POLA KOLAR BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
2- 5 = (LEHER /2) + 1.5 CM
1- 2 = UKURAN LEBAR KOLAR 3.5CM
3- 5 = UKURAN SAIZ LEHER/2
5- 6 = 1.5CM
3- 6 = BENTUKKAN GARIS MELENGKUNG
6- 7 = DIBENTUKKAN 90’ PADA 6 = 2.5CM
1- 7 = BENTUKKAN GARIS MELENGKUNG, BENTUKKAN GARIS MELENGKUNG PADA BUCU 7
C) PLAKET BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
D) SELUAR BAHAGIAN HADAPAN
E) SELUAR BAHAGIAN BELAKANG
Cara Menjahit Baju Kurung - Part 1
Cara menjahit baju kurung - Part 1: Cara mengambil ukuran menggunakan baju contoh
Cara Mengambil Ukuran Baju kurung Menggunakan Baju Contoh
Ambil sehelai baju kurung yang ukurannya paling padan dengan anda. Kemudian anda bolehlah mengambil ukuran baju kurung tersebut. Ditunjukkan di dalam gambar di atas poin-poin berwarna merah jambu di mana ukuran perlu diambil:
A-B = Lebar bahu, ukur lurus di bawah lubang leher
D-J = Labuh baju
C-D = Labuh lengan
D-E = Lebar lengan
G-F = Lebar kekek
F-E = Lebar pesak atas
H-J = Lebar pesak bawah
Tambah lagi dua: Ukur juga bulatan keliling leher baju dan labuh leher baju.
Cara Menjahit Baju Kurung - Part 2
A = Lebar baju dibahagi dua dan ukuran labuhnya sama tanpa dibahagia.
B = Ukuran pesak atas dan bawah sama dengan ukuran yang diambil. Buat satu garis lurus antara pesak atas dan bawah selepas menanda dua ukuran tersebut.
C = Ukuran pangkal dan hujung lengan. Buat satu garis lurus antara pangkal dan hujung lengan selepas menanda dua ukuran tersebut. Kebiasaannya beza antara hujung dan pangkal lengan adalah 1 inci.
D = Ukuran kekek. Segi tiga sama.
Garisan merah jambu bermaksud kain perlu dilipat di bahagian tersebut.
Kertas minyak atau surat khabar lama boleh digunakan untuk merajah pola.
Cara Menjahit Baju Kurung - Part 3
Sebelum teruskan membaca, ambil sehelai baju kurung. Sambil membaca sambil belek-belek baju kurung tersebut. Insya Allah...akan senang faham.
Cara Memotong Badan Baju Kurung:
Mula-mula kita potong badan baju dulu. Lipat kain kepada empat bahagian seperti dalam Rajah 1. Letakkan pola di atas kain, pinkan kemas kemudian tanda kain mengikut ukuran pola menggunakan kapur. Kemudian buat satu lagi tanda 1/2 inci lebih dari ukuran pola. Boleh juga kalau nak tanda terus lebihkan 1/2 inci di bahagian tepi dan 1 inci di bahagian bawah. Kemudian, bolehlah mula memotong. Garisan hijau putus-putus menunjukkan di mana kain perlu dipotong. Garisan merah jambu menunjukkan bahagian lipatan kain.
Rajah 2 pula menunjukkan kain dilipat dua. Biasanya untuk kain yang berkaki, kain perlu dilipat dua untuk mendapatkan kaki di kedua-dua bahagian bawah kain. Lebihkan 1/2 inci di bahagian atas dan tepi, juga 1 inci di bahagian bawah sama seperti Rajah 1. Selepas dijahit tepi, bahagian atas kain perlu dijahit dengan menyambungkan kedua-dua bahagian. Hasilnya, kita akan dapat bentuk yang sama seperti potongan menggunakan Rajah 1.
Cara Memotong Pesak Baju kurung
Ok.
Cuba belek baju kurung anda. Ada 4 keping pesak, kan? Kalau tak cukup 4
keping, bukan baju kurung la tu. Untuk memotong, letakkan pola di atas
kain, pinkan kemas. Lebihkan 1/2 inci di bahagian atas dan tepi kain,
juga 1 inci di bahagian bawah kemudian tandakan dengan kapur. Rujuk
garisan hijau putus-putus di dalam gambar. Cuba belek baju kurung tu
bagi lagi faham. Untuk memotong 4 keping pesak tersebut, pastikan dulu
mana bahagian dalam dan luar kain. Anda akan dapat 2 pasang pesak untuk
kiri dan kanan baju.
Cara Memotong Lengan Baju Kurung
Untuk
memotong bahagian lengan, lipat kain kepada dua bahagian. Garisan merah
di dalam gambar adalah bahagian lipatan kain. Pinkan kemas pola di atas
kain, tanda dengan kapur kemudian potong. lebihkan 1/2 inci di bahagian
tepi, di bahagian hujung lengan baju perlu lebihkan 1 inci. Potong dua
keping lengan. Cuba belek lengan baju kurung anda. Insya Allah...akan
faham.
Cara Memotong Kekek Baju Kurung
Kekek
terletak di bahagian ketiak dan berbentuk empat segi tepat.
Keempat-empat penjuru sama panjang. Untuk memotong kekek, ambil lebihan
kain kemudian lipat dua, pinkan kemas pola pada kain, tandakan dengan
kapur kemudian potong. Buat dua keping untuk kiri dan kanan.
Cara Menjahit Baju Kurung - Part 4
Langkah 1: Menyambung kekek dan pesak
Kemudian sambung kekek yang sudah disambung dengan pesak dengan sebelah lagi pesak. Sambung pesak dan kekek dengan menjahit di bahagian bertanda biru. Temukan dengan poin kuning di antara jahitan merah dan biru yang ditandakan di B. Cuba belek baju kurung anda untuk lebih faham.
Langkah 2: Menyambung Lengan
Lengan perlu disambung dengan pesak dan kekek yang sudah dijahit terlebih dahulu. Lihat garisan hijau di dalam gambar. Mulakan jahitan dari hujung dengan menyambungkan lengan dan pesak. Jahit hingga ke poin kuning seperti yang ditandakan. Jangan jahit hingga ke hujung kekek, tinggalkan 1/2 inci. Tekniknya sama ketika menyambung pesak dan kekek. Kemudian jahit sebelah lagi lengan dengan menyambung ke pesak.
Selepas selesai menyambung kedua-dua lengan, sambungkan pula lengan tersebut. Lihat garisan merah jambu yang ditunjukkan pada gambar lengan. Tindihkan lengan depan dan belakang. Mula menjahit di hujung jahitan di mana anda berhenti ketika menyambung lengan dan pesak. Jahit hingga ke hujung lengan.
Langkah 3: Menyambung Badan Baju
PENTING: Sebelum menyambung badan baju, pastikan leher sudah di tebuk terlebih dahulu.
Tandakan bahagian tengah badan baju. Boleh lipat badan baju kepada dua bahagian dan gosok untuk menentukan bahagian tengah baju. Samakan bahagian lengan dan gosok juga untuk menentukan bahagian tengah lengan. Sambungkan kedua-duanya dengan mula menjahit dari bahagian tengah badan baju dengan bahagian tengah lengan. Ditunjukkan di dalam gambar poin berwarna merah di mana jahitan perlu dimulakan. Jahit hingga ke hujung bawah baju seperti garisan biru di dalam gambar. Jahit di kedua-kedua belah baju, juga dengan mula dari bahagian tengah lengan yang ditemukan dengan tengah baju hingga ke hujung.
Halfmoon and twist
Kepada anda diluar sana yg ingin buat sendiri tudung halfmoon n twist bolehlah potong mcm pola kat bawah ni.....harap dapat membantu.....
Tutor bantal deco
Skirt full peplum
Skrit duyung belah 6
Gigi buaya
Skrit half peplum
Cara ambil ukuran badan
Ukuran leher
TUTORIAL BUNGA FABRIK
Bunga Ros yang simple tengok pic yang kat bawah ni pun dah tahu cara macam mana nak buatnya ...... very easy. Just gunting bulat dalam 3 Saiz pastu lilin bahagian tepi. Than susun dlm 5 keping and tambah mutiara tengahnya Untuk kelihatan lebih menarik .Jgn lupa jahit tengah bunga utk lekatkan kelopak . Tadaaaa dah pun siap!!! Bolehlah letak pada baju, sepit rambut, headband dan Mana-mana. ikut kreativiti anda.
Ini ros gulung cantik gak kan ... Boleh letak kat baju pengantin atau untuk hiasan apa-apa saja.
Contoh baju yang dah siap di deco guna bunga fabrik
harap dapat membantu.......
TUTORIAL JUBAH NIKAH
Untuk buat Jubah atau baju pengantin material perlu dititikberatkan untuk nampak lebih cantik dan ekslusif.
Untuk jubah ni. saya gabungkan Chiffon yang lembut dan liningnya satin.. Hasilnya jubah ni akan nampak beralun dan cantik.
Bagi yg berminat untuk mencuba buat sendiri baju ni bolehlah follow the step!!!
step 1
Pastikan anda sudah ada ukuran badan.
Step 2
Buat pola untuk jubah ; badan dan tangan
Jika material yg dipilih perlu lining perlulah potong untuk 2 jenis material kain dan cara jahit juga berlining
TUTORIAL JAHIT TUDUNG 3 LAYER
Sedar tak sedar dah empat tahun aku mulakan bisnes butik tudung dan pakaian...bermula dengan membaiki tudung dan hanya dibantu oleh seorang pekerja sahaja aku memulakan bisnes tanpa Pandang belakang lagi . Hari ini aku sudah mempunyai 3 orang pekerja dan 10 buah mesin jahit . Aku bersyukur padamu ya Allah ... Kerana ku tahu engkaulah pemberi rezeki kepada hamba mu ini.
Kat sini saya suka untuk berkongsi ilmu-ilmu jahitan semoga dapat membantu para pengunjung...