Tuesday, 26 December 2017

JAHIT BAJU MURAH DAN BERKUALITI

Posted by lienarazak at 10:05 0 comments

ramai anda di luar sana mencari tukang jahit yg boleh jahit dengan harga yang murah di samping kualiti yang bagus... kalau ni yang anda mahukan.... mungkin saya yang anda cari... tawaran istimewa kepada mereka yang nak jahit baju kurung moden..baju riau dan pelbagai  lagi.. nak detail boleh wasap
www.wasap.my/60139485135

contoh jahitan seperti dalam gambar ni dan kalau nak tengok byk lagi hasil jahitan boleh klik link di bawah
https://www.facebook.com/butik.talita.online/

Monday, 2 October 2017

bantal murah owl pillow

Posted by lienarazak at 21:19 0 comments

Assalamualaikum semua
tq sudi meluangkan masa singgah kat blog saya. hari ni saya nak kongsikan sedikit hobi yang boleh saya buat bisnes. ramai yg pm bertanyakan bantal terutamanya mereka yang sukakan kraf. Alhamdulillah setakat ni dah banyak yang terjual kepada mereka yang ingin buat hiasan di ruang tamu dan juga di kamar tidur serta tak kurang juga buat hiasan di buaian anak... memang cantik sesangat.. mata yang memandang pun sejuk ajer... biasanya bantal ni kami jual sepasang tapi ada juga yg request ikut selera depa... takde masalah bagi saya asalkan dapat puaskan hati pelanggan semua. kepada yang berminat boleh direct wasap www.wasap.my/60139485135
kami sedia membantu dan menjawab segala pertanyaan kalian...

Sunday, 2 July 2017

kebaya kelepet trendy

Posted by lienarazak at 20:34 1 comments

assalamualaikum...
untuk raya 2017 kami dapat banyak tempahan kebaya kelepet.. upah untuk sepasang kebaya kelepet dewasa berharga rm60 dan kanak-kanak pula rm30.
Alhamdulillah tak terduga pula kami mendapat sambutan yang begitu meriah sampai tak menang tangan. terima kasih juga buat 2 orang pembantu butik kami yg berhempas pulas menyiapkan segala tempahan raya...
kami bersyukir sangat kerana dapat menyiapkan semua tempahan raya dan tidak mengecewakan customers yang ingin tampil bergaya dan sedondon di hari raya.....untuk sebarang tempahan dan pertanyaan bolehlah wasap kami www.wasap.my/60139485135
perkhidmatan terbaik buat semua.

Monday, 6 March 2017

RESIZE TUDUNG

Posted by lienarazak at 16:25 0 comments

Resize your tudung
================
0139485135

Wah wah wah
bagus 4 ur information....
Untuk tudung 3 layer or berlayer2
Rasa macam labuh nak potong bagi elok2 jer kat badan pun boleh ya..😘😘😘😘
Cantik dan kemas tambah keselesaan si pemakai..confident pun bertambah

Kerja pun jadi cool ajer..

Sunday, 5 March 2017

Tips si tukang jahit

Posted by lienarazak at 20:33 0 comments

TIPS PERMULAAN UNTUK MENERIMA DAN MENGAMBIL TEMPAHAN DARIPADA PELANGGAN.. BAHAGIAN 1!!!

Mesti ramai yang takut.. tak yakin boleh ke tidak siap baju tu, selesa ke, macam2lah yang bermain di fikiran selagi tak htr baju pada customer. Dulu pun saya mcm tu.. ada je yang tak kena.. siap 4 psg, 3 pasang kena pulang balik untuk alter. Tapi itulah adat. Kalau kita tak buat kesalahan, kita tak tahu di mana tahap kita

1. KENALI TAHAP DIRI
Sebelum mengambil tempahan , kenali dulu di mana tahap kita:
- berapa lama tempoh kita ambil untuk jahit sepasang baju
- berapa pasang pula kita mampu jahit dalam sehari ?
bila kita dah kenalpasti perkara di atas, baru lah dapat mengagak tempoh masa untuk diberi kepada pelanggan

2. KENALPASTI MATERIAL & STAIL PAKAIAN
Jika mendapat tempahan menggunakan kain cotton , mestilah senang sikit nak jahit. bolehlah bgtau customer berapa lama tempoh untuk menyiapkan. Kalau dapat pula fabrik jenis licin macam chifon, sutera, bagilah tempoh yang agak panjang sedikit. Begitu juga dengan jenis pakaian.

3. TEMPOH MASA
Seelok2nya bagi tempoh masa yang lebih lama cth: kalau biasa kita boleh siapkan tempahan customer dalam masa seminggu, tapi berikan tempoh pada customer dalam 2 minggu. Manalah tau,, tiba2 ada masalah keluarga ke, kesihatan ke . Kalau siap awal takpelah boleh bagi awal. Apabila kita mendapat tempahan, kita kena fahamkan kepada customer, baju mmg boleh siap dlm sehari, tapi kena tunggu giliran baju2 customer yang sebelum ni. Itu yang ambil masa dalam beberapa minggu.

4. PASTIKAN JUMLAH FABRIK
Ramai yang terlepas pandang, bila kita ambil tempahan yang berstail macam2 fesyen, pastikan dulu meter kain tu cukup sebelum dipotong. Customer ni ada yang kurang arif, dorang pun beli kain tanya pendapat tukang potong kain kat kedai kain. Tukang potong kain pun belajar ikut standard je. Standard 4 meter bidang 45", 3.5 meter bidang 60". Nak2 pulak kalau beli kat arked. dah siap potong sepasang. Dorang tau nk laku kan kain je. Jadi kita sebagai tukang jahit pastikan dulu cukup tak meter kain sebelum memulakan prosess memotong. Takda la dah potong, tengok2 tak cukup sebelah pesak. Nak pulangkan balik dah tak boleh .
Apabila confirm tak cukup meter, bolehlah beritahu pada customer untuk dipulangkan semula atau tukar fesyen atau tambah kain.

5. POLA
Buat dulu pola. Ada pola senang nak ejas susunatur pola atas fabrik. Nak2 kalau dapat kain batik sutera. Pastikan kedudukan bunga dan corak mencukupi barulah kain dipotong
Semoga tips saya ni dapat menambahkan keyakinan kepada rakan2. Coretan ini adalah pengalaman saya .. mungkin ada yang lain mempunyai pengalaman yang berbeza yang boleh dikongsikan bersama

Copy&paste

Monday, 6 February 2017

Telekung Solat kanak-kanak

Posted by lienarazak at 20:46 0 comments
SOLAT TIANG AGAMA
SOLAT MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
SOLAT MEMBENTUK PERIBADI MULIA

Dirikan solat seawal usia kanak-kanak. Semoga menjadi anak yang berguna dunia dan akhirat. 
Bentuk la peribadi mulia agar hidupnya tidak terumbang-ambing. Menjadi diri yang berguna serta dapat memberi manfaat kepada orang lain. Anak yang sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan mendengar kata ibu bapa.

Bimbinglah anak mendirikan solat sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

Terlalu banyak fadhilat solat..ayuh kita perkasakan

Untuk pembelian telekung solat kanak-kanak boleh hubungi 0139485135




Monday, 30 January 2017

Lama tak bersiaran

Posted by lienarazak at 17:02 0 comments
Ada ni haaaaaa......👋👋👋👋👋
Menyepi tak semestinya menghilang... Alhamdulillah masih diberi rezeki oleh Nya....terima kasih masih ada yang sudi singgah blog akak...sejak dah ada fb tak menyempat nak jadi penulis tak bertauliah 😙😙😙😙 tapi akak tetap sayang blog ni..taknak lah jadi macam kacang lupakan kulit✋😁😁😁😁
   Masih lagi macam dulu jugak...still ambik tempahan pukal untuk tudung...dan jubah..blaus pun boleh
Untuk bridesmaid jugak dialu-alukan..harga special tau....
Plz wasap 0139485135..pn.zalina


 

Butik Talita Online Copyright 2013